Tuesday, June 16, 2009

Tahniah Addyizuan & Roziana !!!


Seluruh warga Badan Budaya Perak ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Mohd Addyizuan dan isteri beliau Puan Roziana diatas kelahiran anak perempuan sulung mereka pada 14 Jun 2009 (Ahad). Semoga kelahiran anak sulung mereka ini akan menambah lagi kegembiraan dan keceriaan kepada mereka suami dan isteri. Tahniah sekali lagi.


Setiausaha Kehormat

Thursday, May 14, 2009

FESTIVAL TEATER MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Perak menganjurkan Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009 (FTM 2009) pada 30 Mei hingga 6 Jun 2009, bertempat di Auditorium Taman Budaya Negeri Perak.
Sehubungan dengan itu Badan Budaya Perak akan membuat pementasan pada 06 Jun 2009 jam 2.00 petang. Teater yang akan dipersembahkan adalah 'Wak Cantuk' arahan saudara Ramzi Dahalan.
Adalah dijemput semua peminat-peminat teater dan orang ramai adalah di alu-alukan datang beramai-ramai bagi memeriahkan festival teater pada tahun ini.

Thursday, April 30, 2009

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN KAPIT



Pertandingan Tarian ini telah diadakan di Sekolah Menengah Song pada 29 April 2009 dimana pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memilih wakil sekolah bahagian Kapit untuk menyertai Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Sarikei pada 25 hingga 27 Mei 2009.
Sebanyak 4 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini iaitu Sek. Men. Kapit, Sek. Men. Song, Sek. Men. Katibas dan Sek. Men. Selirik.
Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Tarian Rampaian Melayu dan Kategori Tarian Etnik.
Pertandingan tersebut telah diadili oleh 3 orang Juri yang berpengalaman dan salah seorang adalah dari Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Sarawak.
Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:

Johan Tarian Rampaian Melayu - Sek. Men. Keb. Kapit

Johan Tarian Etnik Sarawak - Sek. Men. Keb. Kapit

Johan Keseluruhan - Sek. Men. Keb. Kapit

Tahniah kepada Sek. Men. Keb. Kapit yang telah berjaya menjadi Johan pada pertandingan tarian tersebut dan akan mewakili Sekolah Menengah Bahagian Kapit untuk menyertai Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak.
Tarian rampaian melayu yang dipersembahkan adalah tarian Joget, Zapin dan Asli. Manakala tarian etnik Sarawak pula mereka telah mempersembahkan tarian Bidayuh.
Tahniah kepada semua penari-penari dan juga cikgu Nor yang telah berjaya menjadi Johan dan akan mewakili Sekolah Menengah Bahagian Kapit ke peringkat negeri.

TAHNIAH!!

Setiausaha Kehormat
Badan Budaya Perak


BANGSAWAN MAHSURI

Tempat: Panggung Sari
Tarikh: 24 - 30 April

Sinopsis
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pinggitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamnya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya ( atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang.
Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu oleh ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.



BARISAN TENAGA KREATIF/PRODUKSI
FAUZIAH NAWI (Pengarah), IRWAN ISMADI SHAHRIM (Pengarah Artistik), RAHIMIDIN ZAHARI (Penulis Skrip & Lirik Lagu), MOHD. YAZID ZAKARIA (Pengarah Muzik), IRYANDA MULIA IRWADI (Komposer), JAMALUDDIN MD. NOR (Pengarah Teknikal), MOHD FIRDAUS MOHAMAD HANIF (PITT HANIF) (Pereka Tata Cahaya)

BARISAN PELAKON
VANIDAH IMRAN(Mahsuri), AZHARUDIN RAMLI (ARJA) (Wan Darus), AZMAN MD. HASAN (Deramang), AZIZAH MAHZAN (Wan Endah)

24 – 30 APRIL 2009 PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA 8.30 MALAM

TIKET RM30, RM50, RM70, RM100

Untuk sebarang maklumat/pertanyaan awam berkaitan persembahan dan tempahan/pembelian tiket: BOX OFFICEISTANA BUDAYAJALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR

Tel : 03-4026 5558 Faks : 03-4026-5552

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 6.00 Petang (Hari Bekerja) 1.00 Tengah hari – 6.00 Petang (Sabtu)

Saturday, April 4, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN BADAN BUDAYA PERAK KE-28

Sekapur Sirih

Hari ini (04.04.2009) genap 28 tahun umur Badan Budaya Perak yang telah ditubuhkan pada tahun 04.04.1981. Banyak kenangan pahit dan manis yang telah ditempuhi oleh ahli-ahli dalam menaikkan nama Badan Budaya Perak selama ini.

Kesempatan ini kami di Badan Budaya Perak ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan kepada Allahyarham Onie Moraza yang merupakan insan yang mula-mula menubuhkan Badan Budaya Perak ini. Jasa dan pengorbanan beliau akan kami sanjung sepanjang zaman. Begitu juga penghargaan kepada semua mantan Pengerusi BBP yang mana telah banyak berjasa sehingga Badan Budaya Perak kekal wujud sehingga ke hari ini.

Banyak penghargaan yang telah diterima oleh Badan Budaya Perak, namun begitu tidak sedikit pun membuatkan kami terlupa akan hala tuju BBP. Malah setiap penghargaan yang diterima memberi suntikan semangat kepada kami untuk meneruskan perjuangan dalam memertabatkan seni dan budaya tanahair yang tercinta ini.

Namun begitu disebalik penghargaan yang diterima, Badan Budaya Perak tidak terlepas dari beberapa masalah. Berkat doa dan kesabaran setiap ahli BBP, semua permasalahan itu dapat diatasi dengan begitu baik sekali.

Badan Budaya Perak kini meneruskan perjuangan ahli-ahli terdahulu yang mana setiap dari mereka ingin melihat BBP terus cemerlang dan gemilang dalam memperjuangkan serta memertabatkan seni dan budaya tanahair. Kami (ahli BBP) berjanji akan meneruskan perjuangan ini, agar seni dan budaya ini akan terus mekar dan indah selamanya.

SELAMAT ULANGTAHUN BADN BUDAYA PERAK KE 28. MOGA BBP AKAN TERUS GEMILANG DAN CEMERLANG ATAS SOKONGAN SETIAP KITA SEMUA.

"Seni Itu Indah Budaya Itu Megah"


PENGERUSI
BADAN BUDAYA PERAK

Tuesday, March 24, 2009

Malam Maulidur Rasul 2009

Badan Budaya Perak akan mengadakan persembahan:

MALAM MAULIDUR RASUL

Tarikh: 10 April 2009 (Jumaat)
Masa : 8.45 malam
Tempat : Taman Budaya Negeri Perak

*Masuk Percuma

Penonton akan dapat menghayati Sirah Rasulullah melalui persembahan ini yang mana ianya akan dipersembahkan didalam bentuk puisi, sajak dan juga nasyid.
Persembahan ini akan di arahkan oleh saudara Rashidi Abdul Kharis yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Budaya Perak.
Sekiranya sesiapa yang berminat untuk terlibat didalam persembahan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai persembahan ini bolehlah menghubungi saudara Rashidi (012-5153193) atau Pengerusi Badan Budaya Perak En. Yusop (012-5071409).

'Seni Itu Indah Budaya Itu Megah'

Friday, March 13, 2009

KELENDAR AKTIVITI BUDAYA & SENI 2009 (Mac~Apr)


PMS Badan Beruniform 1 (Tentera)
Tarikh: 28 Mac 2009
Tempat: Kem 2 Briged, Ipoh
Anjuran: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Negeri Perak)


Pusat Seni Setempat 3
Tarikh: 04 April 2009
Tempat: Gerbang Malam, Ipoh
Anjuran: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Negeri Perak)



Pemilihan Peserta Kumpulan Gasing Negeri
Tarikh: 11 April 2009 - 12 April 2009
Tempat: Sungkai
Anjuran: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Negeri
Perak)




PMS Badan Beruniform 2
Tarikh: 11 April 2009
Tempat: PDRM, Taiping
Anjuran: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Negeri Perak)


Pemilihan Bintang Asli Remaja
Tarikh: 11 April 2009 - 12 April 2009
Tempat: Kuala Kangsar
Anjuran: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Negeri Perak)

PMS Kawasan Perumahan 1
Tarikh: 16 April 2009
Tempat: Permata, Bercham, Ipoh
Anjuran: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Negeri Perak)

TEATER MUZIKAL SIRAH JUNJUNGAN




Tarikh : 09 - 22 Mac 09
Masa : 8.30 MALAM
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya

Teater arahan Erma Fatima akan dipersembahkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Cerita mengisahkan babak-babak penting dalam sejarah Rasulullah S.A.W yang pastinya menyentuh jiwa dan keimanan orang-orang mukmin.

Tiket RM30, RM50, RM80, RM100, RM150 & RM200
Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi:BOX OFFICE ISTANA BUDAYA JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR Tel : 03-4026 5558 Faks: 03-4026 5552
Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja) 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu)
Pembelian Tiket Secara Onlinehttp://www.ticket2u.biz/ Tel: 03-4149 8600

Monday, March 9, 2009

MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI PERAK

Mesyuarat Agung MKN Perak telah pun diadakan pada 07.03.09 yang lalu dan telah di rasmikan oleh Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia Dan Sukan Negeri Perak iaitu YB Zainol Fadzi Paharuddin.
Pada tahun ini adalah merupakan tahun pemilihan MKN Perak dimana YB Zainol Fadzi telah telah dilantik memegang jawatan selaku Yang Dipertua MKN Perak dan Timbalan YDP pula adalah saudara Mohd Yusop Najmi Othman.
Mesyuarat Agung MKN Perak ini telah berjalan baik namun begitu terdapat beberapa kesilapan teknikal dari segi cetakan untuk buku perlembagaan. Perkara ini telah pun ditegur oleh Pengarah Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Perak dan beliau berharap Setiausaha Kerja lebih teliti dalam mencetak Buku Perlembagaan yang mana ini sangat penting kepada sesebuah pertubuhan. Kesilapan kecil boleh mengakibatkan terbatalnya pertubuhan tersebut.
Rata-rata perwakilan mengharapkan satu pembaharuan dapat diwujudkan dalam pentadbiran MKN Perak yang baru dilantik ini.
Aktiviti serta program diharapkan dapat di perbanyakkan agar setiap ahli gabungan dapat mencapai objektif penubuhan MKN Perak ini.
Diharapkan pengaktifan semula MKN Perak ini dapat memberi satu impak yang cukup baik dalam kebudayaan dan kesenian di negeri Perak.
Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa MKN Perak yang baru terutamanya kepada Pengerusi Badan Budaya Perak saudara Mohd Yusop Najmi Othman yang mana telah dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua MKN Perak dan juga saudara Rashidi Abd Kharis yang merupakan Timbalan Pengerusi Badan Budaya Perak yang juga telah dilantik menganggotai Ahli Jawatankuasa MKN Perak.

Seni Itu Indah Budaya Itu Megah

PERWAKILAN MKN PERAK 2009

Saturday, February 28, 2009

SUTERA

Perkembangan terkini Badan Budaya Perak adalah penubuhan kumpulan muzik yang diberi nama SUTERA.
SUTERA adalah sebuah kumpulan muzik atau kugiran yang bernaung dibawah Badan Budaya Perak yang mana terdiri daripada 5 anggota iaitu Shairazi (Ketua Biro Muzik), Rossyaiful Azrey, Addyizuan, Pejot dan Wan.
Kumpulan ini mula ditubuhkan pada 2 tahun yang lepas dan kini telah bergiat semakin aktif didalam beberapa persembahan yang diadakan di sekitar Ipoh dan juga di luar dari Ipoh.
Walaupun mereka ini menumpukan kepada lagu-lagu terkini namun begitu mereka juga boleh memainkan lagu-lagu rakyat negeri Perak.
Lagu-lagu rakyat negeri Perak ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari orang ramai dan mereka juga pernah dipelawa untuk mengadakan persembahan melalui lagu-lagu rakyat Perak ini.
Sekiranya sesiapa berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam kumpulan ini bolehlah menghubungi saudara Rossyaiful (012-5969926).
Apa yang diharapkan kumpulan ini akan lebih aktif dan mencapai kejayaan demi kejayaan dari masa kesemasa.

Setiausaha Kehormat
Badan Budaya Perak