Tuesday, June 16, 2009

Tahniah Addyizuan & Roziana !!!


Seluruh warga Badan Budaya Perak ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Mohd Addyizuan dan isteri beliau Puan Roziana diatas kelahiran anak perempuan sulung mereka pada 14 Jun 2009 (Ahad). Semoga kelahiran anak sulung mereka ini akan menambah lagi kegembiraan dan keceriaan kepada mereka suami dan isteri. Tahniah sekali lagi.


Setiausaha Kehormat

Thursday, May 14, 2009

FESTIVAL TEATER MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PERAK 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Perak menganjurkan Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Perak 2009 (FTM 2009) pada 30 Mei hingga 6 Jun 2009, bertempat di Auditorium Taman Budaya Negeri Perak.
Sehubungan dengan itu Badan Budaya Perak akan membuat pementasan pada 06 Jun 2009 jam 2.00 petang. Teater yang akan dipersembahkan adalah 'Wak Cantuk' arahan saudara Ramzi Dahalan.
Adalah dijemput semua peminat-peminat teater dan orang ramai adalah di alu-alukan datang beramai-ramai bagi memeriahkan festival teater pada tahun ini.

Thursday, April 30, 2009

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH MENENGAH BAHAGIAN KAPIT



Pertandingan Tarian ini telah diadakan di Sekolah Menengah Song pada 29 April 2009 dimana pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memilih wakil sekolah bahagian Kapit untuk menyertai Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan di Sarikei pada 25 hingga 27 Mei 2009.
Sebanyak 4 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini iaitu Sek. Men. Kapit, Sek. Men. Song, Sek. Men. Katibas dan Sek. Men. Selirik.
Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Tarian Rampaian Melayu dan Kategori Tarian Etnik.
Pertandingan tersebut telah diadili oleh 3 orang Juri yang berpengalaman dan salah seorang adalah dari Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Sarawak.
Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut:

Johan Tarian Rampaian Melayu - Sek. Men. Keb. Kapit

Johan Tarian Etnik Sarawak - Sek. Men. Keb. Kapit

Johan Keseluruhan - Sek. Men. Keb. Kapit

Tahniah kepada Sek. Men. Keb. Kapit yang telah berjaya menjadi Johan pada pertandingan tarian tersebut dan akan mewakili Sekolah Menengah Bahagian Kapit untuk menyertai Pertandingan Tarian Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak.
Tarian rampaian melayu yang dipersembahkan adalah tarian Joget, Zapin dan Asli. Manakala tarian etnik Sarawak pula mereka telah mempersembahkan tarian Bidayuh.
Tahniah kepada semua penari-penari dan juga cikgu Nor yang telah berjaya menjadi Johan dan akan mewakili Sekolah Menengah Bahagian Kapit ke peringkat negeri.

TAHNIAH!!

Setiausaha Kehormat
Badan Budaya Perak


BANGSAWAN MAHSURI

Tempat: Panggung Sari
Tarikh: 24 - 30 April

Sinopsis
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pinggitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamnya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya ( atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang.
Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu oleh ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.



BARISAN TENAGA KREATIF/PRODUKSI
FAUZIAH NAWI (Pengarah), IRWAN ISMADI SHAHRIM (Pengarah Artistik), RAHIMIDIN ZAHARI (Penulis Skrip & Lirik Lagu), MOHD. YAZID ZAKARIA (Pengarah Muzik), IRYANDA MULIA IRWADI (Komposer), JAMALUDDIN MD. NOR (Pengarah Teknikal), MOHD FIRDAUS MOHAMAD HANIF (PITT HANIF) (Pereka Tata Cahaya)

BARISAN PELAKON
VANIDAH IMRAN(Mahsuri), AZHARUDIN RAMLI (ARJA) (Wan Darus), AZMAN MD. HASAN (Deramang), AZIZAH MAHZAN (Wan Endah)

24 – 30 APRIL 2009 PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA 8.30 MALAM

TIKET RM30, RM50, RM70, RM100

Untuk sebarang maklumat/pertanyaan awam berkaitan persembahan dan tempahan/pembelian tiket: BOX OFFICEISTANA BUDAYAJALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR

Tel : 03-4026 5558 Faks : 03-4026-5552

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 6.00 Petang (Hari Bekerja) 1.00 Tengah hari – 6.00 Petang (Sabtu)