Thursday, April 30, 2009

BANGSAWAN MAHSURI

Tempat: Panggung Sari
Tarikh: 24 - 30 April

Sinopsis
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pinggitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamnya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya ( atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang.
Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu oleh ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.



BARISAN TENAGA KREATIF/PRODUKSI
FAUZIAH NAWI (Pengarah), IRWAN ISMADI SHAHRIM (Pengarah Artistik), RAHIMIDIN ZAHARI (Penulis Skrip & Lirik Lagu), MOHD. YAZID ZAKARIA (Pengarah Muzik), IRYANDA MULIA IRWADI (Komposer), JAMALUDDIN MD. NOR (Pengarah Teknikal), MOHD FIRDAUS MOHAMAD HANIF (PITT HANIF) (Pereka Tata Cahaya)

BARISAN PELAKON
VANIDAH IMRAN(Mahsuri), AZHARUDIN RAMLI (ARJA) (Wan Darus), AZMAN MD. HASAN (Deramang), AZIZAH MAHZAN (Wan Endah)

24 – 30 APRIL 2009 PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA 8.30 MALAM

TIKET RM30, RM50, RM70, RM100

Untuk sebarang maklumat/pertanyaan awam berkaitan persembahan dan tempahan/pembelian tiket: BOX OFFICEISTANA BUDAYAJALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR

Tel : 03-4026 5558 Faks : 03-4026-5552

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 6.00 Petang (Hari Bekerja) 1.00 Tengah hari – 6.00 Petang (Sabtu)

No comments:

Post a Comment