Monday, March 9, 2009

MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI PERAK

Mesyuarat Agung MKN Perak telah pun diadakan pada 07.03.09 yang lalu dan telah di rasmikan oleh Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia Dan Sukan Negeri Perak iaitu YB Zainol Fadzi Paharuddin.
Pada tahun ini adalah merupakan tahun pemilihan MKN Perak dimana YB Zainol Fadzi telah telah dilantik memegang jawatan selaku Yang Dipertua MKN Perak dan Timbalan YDP pula adalah saudara Mohd Yusop Najmi Othman.
Mesyuarat Agung MKN Perak ini telah berjalan baik namun begitu terdapat beberapa kesilapan teknikal dari segi cetakan untuk buku perlembagaan. Perkara ini telah pun ditegur oleh Pengarah Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Perak dan beliau berharap Setiausaha Kerja lebih teliti dalam mencetak Buku Perlembagaan yang mana ini sangat penting kepada sesebuah pertubuhan. Kesilapan kecil boleh mengakibatkan terbatalnya pertubuhan tersebut.
Rata-rata perwakilan mengharapkan satu pembaharuan dapat diwujudkan dalam pentadbiran MKN Perak yang baru dilantik ini.
Aktiviti serta program diharapkan dapat di perbanyakkan agar setiap ahli gabungan dapat mencapai objektif penubuhan MKN Perak ini.
Diharapkan pengaktifan semula MKN Perak ini dapat memberi satu impak yang cukup baik dalam kebudayaan dan kesenian di negeri Perak.
Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa MKN Perak yang baru terutamanya kepada Pengerusi Badan Budaya Perak saudara Mohd Yusop Najmi Othman yang mana telah dilantik sebagai Timbalan Yang Di Pertua MKN Perak dan juga saudara Rashidi Abd Kharis yang merupakan Timbalan Pengerusi Badan Budaya Perak yang juga telah dilantik menganggotai Ahli Jawatankuasa MKN Perak.

Seni Itu Indah Budaya Itu Megah

PERWAKILAN MKN PERAK 2009

No comments:

Post a Comment